Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu
Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati
Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir....

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

Jom Share & Tag untuk pengetahuan bersama .......


#1 Berdoa Agar Kekal Bahagia :

Berdoa adalah perkara yang paling utama sekali. Doa juga dikira sebagai salah satu usaha kita. Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. Lazimnya, apabila pasangan tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir luar menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat, kita perlu rajin berdoa dan tabah...


#2 Berhubung Secara Kerap :

Rajinkan diri kita untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan sesekali kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada SMS, Call, WhatApp dan sebagainya. Pada hari ini pelbagai medium teknologi telah disediakan. Kita hanya perlu guna dengan sebaiknya. Tidak ada alasan untuk kita tidak menghubungi pasangan. Sekurang-kurangnya, ucapkanlah selamat pagi, dan selamat malam kepada pasangan kita secara bergilir-gilir....


#3 Mengadakan Pertemuan :

Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan pertemuan. Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal isteri, mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika tidak, tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.....

Jika terlalu jauh seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan perlu akur bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi....


#4 Jujur Terhadap Pasangan :

Antara kunci kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur, bagaimana kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu muslihat. Jika si isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami agar dirinya tahu lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar berdua dengan orang lain yang berlainan jantina. Jujurlah dengan pasangan anda. Ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh mengundang cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai ke telinga pasangan. Boleh berperang nanti....


#5 Menyambut Ulang Tahun Bersama :

Jangan sesekali kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan. Jika kita lupa, ia sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan. Tambahan pula, pasangan akan mula berprangka tidak baik terhadap kita. Maka, sambutlah ulang tahun bersama dan usahakan diadakan dalam suasana yang kondusif. Tidak perlu pergi ke tempat yang mewah, sudah memadai anda berada bersamanya dan berikan hadiah serta ucapkan ucapan sayang kepadanya...!!!!


SUMBER ; http://blogaleuto.blogspot.com

Pelakon kanak-kanak yang sedang meningkat naik, Puteri Balqis telah terkena tempias apabila seorang pengarah popular iaitu Azman Yahya yang dikenali sebagai Jinggo mendedahkan sikap tidak professional ayahnya sendiri iaitu Azizi Aziz....

Jinggo merangkap suami kepada Shelia Rusly telah berkongsi satu perbualan di antara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis....

Ayah Puteri Balqis telah menulis sesuatu yang cukup tidak profesional dan dikatakan sombong setelah syarikat produksi terpaksa membatalkan penglibatan Puteri Balqis kerana jadual pelakon itu agak sibuk....

Jinggo turut memberitahu y bahawa Puteri Balqis belum pun bertemu dengannya dan pihak produksi untuk sebarang perbincangan lanjut namunayahnya telah meminta separuh daripada bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan...

Ayah Puteri Balqis telah menulis sesuatu yang cukup tidak profesional dan dikatakan sombong setelah syarikat produksi terpaksa membatalkan penglibatan Puteri Balqis kerana jadual pelakon itu agak sibuk....

Jinggo turut memberitahu y bahawa Puteri Balqis belum pun bertemu dengannya dan pihak produksi untuk sebarang perbincangan lanjut namunayahnya telah meminta separuh daripada bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan....





PANGKALAN BUN: Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat....

Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak....

"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi....


SUMBER  - Kompas.com

Benarkah 8 Kelakuan Pelik Ini Selalu Dilakukan Oleh Kaum Wanita ???

Sudah lumrah bagi seorang wanita mementingkan penampilan dalam kehidupan seharian apabila berhadapan dengan orang lain....

Setiap wanita pasti berbeza cara penjagaan diri mereka kerana wanita mempunyai sifat teliti yang lebih dari kaum lelaki....

Tetapi, percayakah anda dan mungkin terjadi kepada anda sendiri yang wanita mempunyai beberapa tabiat buruk yang pelik ????

Kami berkongsi sebuah artikel yang dititipkan dari sebuah blog,artikel ini ditujukan khas kepada pembaca wanita....

Ada atau tidak sifat pelik dibawah yang anda pernah amalkan ???

Sekadar berkongsi.....

Mari kita saksikan 10 tabiat pelik tersebut....

1. Memicit jerawat apabila berseorangan di hadapan cermin ???


2. Suka memakai wangian yang terlalu banyak ???


3. Suka membuang lebihan makanan yang lekat dicelah gigi menggunakan rambut sendiri???


4. Suka tidur tanpa mencuci bekas solekkan dimuka????


5. Suka menyikat rambut sambi bekerja? bagi yang tidak bertudung !!!


6. Suka mencari rambut gugur dan membuang rambut tersebut di tempat anda duduk itu ???


7. Suka menghidu bau badan terutama ketiak sebab takut busuk???


8. Tidak mandi ataupun mandi lambat apabila hanya berada di rumah terutama hari cuti...




1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan....

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.....

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi....

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal....

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya....

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta....

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita....

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua)....

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah....

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.....



SUMBER : facebook rahsia perkahwinan


Cara menggoda suami bukan perkara main-main. Nampak remeh, tapi penting. Di sini saya mahu berkongsi tips untuk memikat semula hati suami yang sudah pudar kepada isteri. Saya dan suami berusia 33 tahun. Kami sudah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Saya dan suami hampir bercerai kerana dia curang dengan rakan sekerjanya selama hampir setahun. Mereka memang susah untuk dipisahkan. Untuk pengetahuan, suami saya seorang kaki perempuan sejak dahulu lagi.

Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk....

Pantang berjumpa dahi licin pasti dia tidak boleh duduk diam. Telefon bimbit pula sentiasa di dalam simpanannya. Dia akan pergi ke mana-mana dengan telefon bimbitnya walaupun ke tandas. Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk.

Semenjak saya tahu suami saya curang dengan gadis yang 10 tahun lebih muda dari saya, saya nekad untuk berbuat sesuatu. Ini antara yang saya lakukan.

1. Diet dan kuruskan badan

Saya cuba untuk diet bersungguh-sungguh. Untuk pengetahuan semua, saya agak gemuk semasa suami saya curang. Dari berat saya 73kg, turun ke 58kg. Saya berjaya hilang 15kg. Saya juga berjaya mendapat potongan yang menarik. Spare tyre juga sudah tiada.

2. Mencantikkan diri luaran & dalaman

Selepas itu saya membeli produk yang ada di pasaran untuk kelihatan cantik dan muda. Saya memilih produk untuk cantik luaran dan dalaman. Contohnya produk yang ‘mendarakan’ semula para isteri selepas melahirkan anak. Selain itu, produk untuk kecantikan kulit muka juga sangat penting untuk menaikkan seri muka. Carilah mana-mana yang sesuai.

3. Berhias dan seksi dalam rumah

Di samping itu jangan lupa untuk berhias walaupun di rumah. Pakailah walau secalit lip gloss ketika suami ada di rumah. Sewaktu bercinta dahulu berkepuk-kepuk bedak kita pakai. Jangan lupa untuk membeli baju baru. Berkorbanlah sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami. Tidak salahkan?

Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai.

4. Layan suami bagai raja

Di samping itu, kita juga perlu memberi layanan extra kepada suami. Bukan hanya layanan di bilik tidur sahaja. Jangan gelakkan saya pula tetapi memang saya lakukan tetapi saya meminta kebenaran dari suami saya terlebih dahulu. Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai yang serabai, picit jerawat di belakang badannya, bersihkan kelemumur di kepala menggunakan minyak zaitun dan urut bahu dan badannya semasa dia menonton televisyen.

5. Kualiti masa bersama suami

Selain itu, saya juga banyak meluangkan masa berbual dengannya semasa anak sudah tidur. Dengar masalah suami di tempat kerja, kadangkala temankan suami menonton bola walaupun saya sendiri tidak minat. Sambil itu buatkan kopi bersama biskut untuk suami. Selain itu jangan lupa masakkan makanan kegemaran suami.

Ternyata segala usaha saya tidak sia-sia. Suami saya suka dan dia semakin berubah. Ternyata para suami sebenarnya seorang yang manja dan mahukan kita melayan dan memanjakan mereka seperti kanak-kanak. Ternyata apabila kita berusaha dan memohon kepada Allah pasti hatinya beralih kepada kita semula.

Suami saya meminta maaf kepada saya dan menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya. Sekarang dia selalu meluangkan masa dengan kami dengan membawa anak-anak berjalan-jalan. Telefon bimbitnya juga sudah tiada password. Dia juga selalu menyuruh saya menyimpan telefonnya. Dia juga berjanji tidak akan berhubung lagi dengan perempuan itu lagi.

Suami saya betul-betul berubah. Dulu dia sering pulang lewat, sekarang tidak lagi. Dia lebih suka menghabiskan masa di rumah. Dari marah-marah dia menjadi seorang yang periang. Paling saya terharu dengan ucapannya kepada saya “Isteri abang ni semakin hari semakin manis, semakin ayu“. Sedangkan dahulu semasa dia gilakan perempuan lain, dia selalu cakap saya seperti makcik.

Alhamdulillah segala usaha saya berbaloi. Rumahtangga saya juga semakin harmoni dan bahagia daripada sebelum ini. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk semua...
Cara menggoda suami bukan perkara main-main. Nampak remeh, tapi penting. Di sini saya mahu berkongsi tips untuk memikat semula hati suami yang sudah pudar kepada isteri. Saya dan suami berusia 33 tahun. Kami sudah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Saya dan suami hampir bercerai kerana dia curang dengan rakan sekerjanya selama hampir setahun. Mereka memang susah untuk dipisahkan. Untuk pengetahuan, suami saya seorang kaki perempuan sejak dahulu lagi.

Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk.

Pantang berjumpa dahi licin pasti dia tidak boleh duduk diam. Telefon bimbit pula sentiasa di dalam simpanannya. Dia akan pergi ke mana-mana dengan telefon bimbitnya walaupun ke tandas. Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk....

Semenjak saya tahu suami saya curang dengan gadis yang 10 tahun lebih muda dari saya, saya nekad untuk berbuat sesuatu. Ini antara yang saya lakukan.

1. Diet dan kuruskan badan

Saya cuba untuk diet bersungguh-sungguh. Untuk pengetahuan semua, saya agak gemuk semasa suami saya curang. Dari berat saya 73kg, turun ke 58kg. Saya berjaya hilang 15kg. Saya juga berjaya mendapat potongan yang menarik. Spare tyre juga sudah tiada....

2. Mencantikkan diri luaran & dalaman

Selepas itu saya membeli produk yang ada di pasaran untuk kelihatan cantik dan muda. Saya memilih produk untuk cantik luaran dan dalaman. Contohnya produk yang ‘mendarakan’ semula para isteri selepas melahirkan anak. Selain itu, produk untuk kecantikan kulit muka juga sangat penting untuk menaikkan seri muka. Carilah mana-mana yang sesuai.

3. Berhias dan seksi dalam rumah

Di samping itu jangan lupa untuk berhias walaupun di rumah. Pakailah walau secalit lip gloss ketika suami ada di rumah. Sewaktu bercinta dahulu berkepuk-kepuk bedak kita pakai. Jangan lupa untuk membeli baju baru. Berkorbanlah sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami. Tidak salahkan?

Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai.

4. Layan suami bagai raja

Di samping itu, kita juga perlu memberi layanan extra kepada suami. Bukan hanya layanan di bilik tidur sahaja. Jangan gelakkan saya pula tetapi memang saya lakukan tetapi saya meminta kebenaran dari suami saya terlebih dahulu. Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai yang serabai, picit jerawat di belakang badannya, bersihkan kelemumur di kepala menggunakan minyak zaitun dan urut bahu dan badannya semasa dia menonton televisyen.

5. Kualiti masa bersama suami

Selain itu, saya juga banyak meluangkan masa berbual dengannya semasa anak sudah tidur. Dengar masalah suami di tempat kerja, kadangkala temankan suami menonton bola walaupun saya sendiri tidak minat. Sambil itu buatkan kopi bersama biskut untuk suami. Selain itu jangan lupa masakkan makanan kegemaran suami....

Ternyata segala usaha saya tidak sia-sia. Suami saya suka dan dia semakin berubah. Ternyata para suami sebenarnya seorang yang manja dan mahukan kita melayan dan memanjakan mereka seperti kanak-kanak. Ternyata apabila kita berusaha dan memohon kepada Allah pasti hatinya beralih kepada kita semula....

Suami saya meminta maaf kepada saya dan menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya. Sekarang dia selalu meluangkan masa dengan kami dengan membawa anak-anak berjalan-jalan. Telefon bimbitnya juga sudah tiada password. Dia juga selalu menyuruh saya menyimpan telefonnya. Dia juga berjanji tidak akan berhubung lagi dengan perempuan itu lagi....

Suami saya betul-betul berubah. Dulu dia sering pulang lewat, sekarang tidak lagi. Dia lebih suka menghabiskan masa di rumah. Dari marah-marah dia menjadi seorang yang periang. Paling saya terharu dengan ucapannya kepada saya “Isteri abang ni semakin hari semakin manis, semakin ayu“. Sedangkan dahulu semasa dia gilakan perempuan lain, dia selalu cakap saya seperti makcik....

Alhamdulillah segala usaha saya berbaloi. Rumahtangga saya juga semakin harmoni dan bahagia daripada sebelum ini. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk semua...